Followers

Friday, 7 October 2016

NASI BERIYANI ALA ALA BOMBAY



assalammualaikum...hari ini saya nak bercerita tentang resepi nasi beriyani yang sedap dan tak pernah saya lupa semenjak kali pertama saya makan nasi beriyani tu di rumah kenduri kawan saya baru baru ni...

jadi saya tak lepas peluang bertanya resepi nasi beryani ni kepada ibu kawan saya
ini resepi nya

bahan bahan

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam(dipotong)
rempah beriyani bombay
sedikit minyak sapi
1 biji bawang besar(dihiris bulat)
2 biji bawang merah(dibuat bawang goreng)
2 ulas bawang putih(ditumbuk lumat)
11/2 sm halia(ditumbuk lumat)
beberapa helai daun ketumbar
garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA

nasi ditanak terlebih dahulu
panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar,halia,bawang putih dan rempah beriyani,kacau sehingga garing
tambah sedikit air dan masukkan ayam
masukkan cili hijau dan garam secukup rasa
gaul rata dan biar sehingga ayam masak
masukkan susu cair,apabila mendidih,tuangkan ke dalam nasi yang hampir kering tadi.
taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.

BAHAN JELATAH

2 biji tomato dipotong dadu
beberapa helai daun ketumbar
1biji bwg besar dipotong dadu kecil
2 biji limau nipis ambil jusnya
gula dan garam secukup rasa

gaul tomato,daun ketumbar,bawang besar,jus limau nipis,garam dan gula secukup rasa.
siap untuk dihidangkan..

rupanya mak kawan saya tu guna resepi shila rusly...memang teebaikkk

MEE UDANG ASIA

MATERIALS,

1 yellow noodle packets,
unsurprising large prawns
5 stalks chili cleaning,
 4 red onion
, 3 cloves garlic
, half the ginger
, half tbsp shrimp brains
, 2 tbsp dried prawns melon information bar
, 2 tbsp chilli sauce
, 2 tbsp tomato sauce,
 boiled potatoes and seed 2 dilenyek information bar,
2 cups shrimp broth
, a bit of beansprouts,
 some strands of leaf soup ,
a little fried onion,
 1 calamondin,
 sugar salt to taste

HOW TO MAKE A

boiled shrimp to get two cups of broth prawn to kuah MI. garlic shallots and Ginger melon fine. heat oil and blend ingredients, dried shrimps, dried chilli and add broth prawns, chilli sauce, tomato sauce and add some water petis, and stir till boiling. when boiling enter potato and shrimp a while ago. season with sugar and salt to tast

ADAKAH DINOSAUR WUJUD DALAM DUNIA INI?BACA INI

kredit foto
Kita diajar Dinosaur adalah binatang zaman prasejarah. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya dari sudut Islam dan Sains? Adakah ianya benar-benar wujud dan hidup sezaman dengan Nabi Adam A.S. atau sebelumnya? Sebelum tu, boleh lihat dulu entri lepas yang menarik iaitu Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia. Altikel ini adalah sambungannya. Nak tahu lebih lanjut, tanpa membuang masa, jom teruskan membaca.

ADAKAH DINOSAUR WUJUD?

Kalau benar dinosaur wujud, kenapa fosilnya hanya dijumpai di sesetengah tempat? contohnya, negara-negara eropah? kenapa fosil-fosil itu sahaja yang bertahan? kenapa yang lain semua dah jadi petroleum? Banyak kemuyskilan mengenai kewujudan dinosaur. Haiwan prasejarah mungkin wujud, namun dinosaur belum tentu.

Semasa beberapa orang sahabat ke Petrosains, penjelasan mengapa ada dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinasour itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinasour ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinasour ini menjadi petroleum.

Secara umumnya, ramai orang mengetahui tentang dinosaur pengikut fakta-fakta yang dijelaskan oleh sains dan bukti-bukti fosil yang telah dijumpai. Tetapi adakah terdapat cerita tentang dinosaur ini di dalam Al-Quran ataupun kitab-kitab suci yang lain? Dari penjelasan dalam islam, tidak banyak yang kita ketahui tentang dinosaur ini. Adakah ia hidup sebelum zaman Nabi Adam a.s. atau ia hidup semasa zaman nabi tersebut? Inilah kemusykilan yang kerap kali bermain dikalangan ahli sains moden.  



Dinosaur Hidup Sebelum Zaman Nabi Adam?

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
(Al An'aam : 32)

Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.

Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup bersama-sama dinosaur yang telah menghuni di muka bumi ini selama berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia, manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam, Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.
(Al-Baqarah : 30)

Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Al-Baqarah : 164)

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi (permukaan) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”
(Luqman : 10).

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga dikembangbiakkan binatang-binatang. dan ini seharusnya adalah binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat saat ini. 


DINOSAUR HIDUP SEMASA ZAMAN NABI ADAM AS?

Ada sesetengah pendapat mengatakan dinosaur itu ibarat ayam, itik dan haiwan biasa bagi Nabi Adam sebab Nabi Adam diriwayatkan sebagai bertubuh sangat besar dan tinggi.

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”
(Asy-Syura : 11)

Menurut hadits Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Adam memiliki postur badan dengan ketinggian 60 hasta (kurang lebih 27,432 meter). Hadits mengenai ini pula ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.”

“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.”

Sedangkan mengikut kajian saintifik yang telah di lakukan, mamalia seperti binatang ternak yang diternak oleh Habil seperti kambing tidak wujud lagi dan pokok-pokok yang hidup di zaman dinosaur tidak mungkin digunakan sebagai bercucuk tanam. Juga cerita tentang Qabil yang membunuh Habil, dan pada masa itu Qabil telah di tunjukkan oleh Allah SWT bagaimana burung gagak menanam burung gagak yang lain.

Jadi persoalannya di sini, wujudkah burung gagak di zaman dinosaur? Burung gagak sepatutnya hanya wujud semasa wujudnya mamalia-mamalia yang lain. Adakah yang dimaksudkan dengan burung gagak itu adalah sebetul-betulnya gagak kini? Atau adakah ia burung dari jenis zaman dinosaur juga yang menyerupai seekor gagak? Sedikit sebanyak memang dinosaur itu wujud kerana kita sudah melihat bukti fosil dan kajian saintifik dari segi sains. Tetapi kemusykilan tentang dinosaur dalam Islam masih banyak yang belum kita ketahui terutamanya dari segi kehidupan manusia pertama iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s.

Kesimpulan

Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Wallahu`alam..

APABILA SANGKAKALA DITIUP MALAIKAT ISRAFIL

kredit foto

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

#Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman marhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

#Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

#Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

# Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

# Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

#Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

#Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

#kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

#Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

# Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

#Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

# Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

# Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

# ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

#Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

#Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 

#Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.  

#Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

#Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

#Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

#Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

#Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

#Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

#Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

#Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

#Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

#Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

# Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

#Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

sumber

EMPANGAN YAKJUJ & MAKJUJ TERBUKA?

EMPANGAN YAKJUJ DAN MAKJUJ TERBUKA?

Dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid ke-8, pengarangnya Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi menurunkan hadis berikut; daripada Zainab binti Jahash, beliau berkata:
“Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan bgainda mengucapklan,  ‘tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.'”
Keterangan:

  1. Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada kaum manusia juga, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak di ketahui hakikat tempat persembunyian mereka. Al-Quran menjelaskan kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnain. Ulama menyatakan bahawa Raja Iskandar Zulkarnain itu seorang waliyullah.
  2. Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan di dapati bahawa mereka itu perlbagai rupa; ada yang besar dan bertelinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dari tempat itu dan membina tembok yang di perbuat daripada tembaga dan besi serta batu-bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok itu sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang itu namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk membolehkan mereka keluar. Dengan penuh kerakusan, mereka memakan apa saja di muka bumi ini apabila meraka keluar.
  3. Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh di kalangan mereka. Orang-orang soleh itu nanti turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela membuatkan doa orang-orang soleh tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.



Sumber: Majalah Q&A, Bilangan 2,dirikhalifah.blogspot.com

BERNIAGA LAGI BERBALOI KATA GADIS NASI LEMAK DARA


kredit foto
Baru-baru ini viral kisah seorang gadis berniaga nasi lemak di simpang jalan kawasan perumahan flat di Seksyen 7, Shah Alam. Tuan punya badan, Siti Hajar Ahmad yang berusia 24 tahun mendapat perhatian umum bukan sahaja kerana rupa parasnya yang cantik tetapi juga penangan ‘Nasi Lemak Anak Dara’ yang dijual sangat sedap dan berpatutan.
Jom ushar gambar gadis cantik yang bukan sahaja pandai masak, tapi pandai cari duit ni. Memang lengkap pakej kalau nak jadi calon menantu pilihan abad ke-21 ni!
Siti Hajar pernah dikenakan kompaun RM 2000 dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas kisahnya yang berniaga Nasi Lemak Anak Dara viral di media sosial. Ekoran daripada peristiwa itu, dia menerima kunjungan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.

Buat Lebih Banyak Untung!

Walaupun memiliki kelulusan Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Siti Hajar menerusi satu video temubual portal tempatan menyatakan bahawa dirinya telah nekad untuk terus berniaga nasi lemak sebagai sumber pendapatan.
Dia boleh menjadi contoh anak muda berkelulusan tinggi yang tidak malu bergelar peniaga jalanan demi mencari rezeki halal disamping memilih pekerjaan mengikut minat dan kebolehan sendiri. Salute!

JOM PERIKSA DIRI SENDIRI ADAKAH ANDA TERGOLONG SUAMI YANG CURANG??


selingkuhl dalam diam sehingga tuan punya badan sendiri tidak menyedarinya bukan perkara baru. Meski, dalam sesebuah perhubungan ada pasang surutnya, namun itu tidak bermakna anda, lelaki bebas melakukan apa sahaja.
Memang kadangkala lelaki tidak sedar dirinya sedang mengkhianati cinta si kekasih dalam diam. Tetapi bagaimana itu terjadi? Kenal pasti lima situasi lelaki curang dalam diam.
1. Berkongsi masalah hubungan dengan wanita lain
Bercerita soal hubungan cinta anda dengan wanita lain boleh menyebabkan anda curang dengannya dalam diam. Paling tidak sepatutnya terjadi, apabila anda memberitahu kelemahan kekasih anda sehingga boleh mengaibkannya. Meski niat asal anda mahu meluahkan perasaan, ia sebenarnya tidak perlu. Bukankah ia akan membuka ruang kepada wanita lain itu untuk bersimpati terhadap anda seterusnya menjalinkan hubungan kalian bertambah rapat.
2. Godek Facebook bekas kekasih
Niat asalnya anda hanya ingin melihat perkembangan bekas kekasih, sama ada dari segi kehidupan, kerjaya ataupun aktivitinya bersama rakan-rakan. Namun sebenarnya, tindakan itu secara tidak sedar menyebabkan anda curang dalam diam dengan kekasih anda. Ini kerana saat anda melihat perkembangan bekas kekasih, kenangan anda bersama bekas kekasih itu terimbau kembali.
3. Beli minuman untuk wanita lain
Saat anda bertindak membeli minuman untuk wanita lain ketika sedang berseorangan di kafe misalnya, ia seolah-olah menunjukkan anda berminat dengan wanita tersebut. Membelikan minuman untuk wanita lain seterusnya duduk semeja dengannya boleh dikatakan sebagai usaha untuk memikat wanita tersebut. Jadi, adakah wajar anda sudah mempunyai kekasih bertindak seperti itu? 
4. Berbual perkara intim dengan wanita lain
Lelaki dengan seks perkara biasa. Bagi mereka berbicara soal seks sesama mereka sudah jadi kelaziman. Namun saat anda bersama wanita lain seperti rakan sekerja misalnya dan berbicara perkara ‘dalam kain’ anda, ia menunjukkan anda sangat berharap untuk bersama wanita tersebut. Sebagai rakan, anda perlu tahu had pergaulan kerana berbicara soal perkara intim boleh mengundang situasi tidak diingini.
Mengadu soal penampilan
Lelaki dikenali dengan pelbagai perspektif yang mana mereka sukar untuk difahami pemikirannya. Lelaki yang mengkritik penampilan kekasihnya dan membandingkan dengan wanita lain sebenarnya tidak jujur dalam perhubungan. Paling selamat, tegur secara berkias kerana anda sendiri bukannya hebat sangat bukan?

KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT YANG TAK DISANGKA!


kredit foto

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya :

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dan lain-lain...

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya :

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…!!!

sumber

Thursday, 6 October 2016

ELAK SUAMI DIRAMPAS WANITA LAIN BACA INI!!

kredit foto


Kebanyakan pasangan yang bercerai adalah perkahwinan pilihan sendiri. Cinta dah wujud, dah saling kenal sejak awal. Tetapi macam mana cinta itu boleh hilang?

Jangan risau... baik suami atau isteri, anda boleh guna beberapa panduan ini bagi mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat.

1 BUANG SYAK WASANGKA
Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.

2 BETULKAN YANG MANA PERLU
Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang. Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!

3 LUAH APA YANG DIRASA
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.

4 PUKAU PASANGAN DENGAN KASIH SAYANG
Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut!! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua tu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.

5 BUAT KEJUTAN
Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.

6 IMBANGI ANTARA KERJAYA DENGAN RUMAHTANGGA
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya. Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.

7 KUALITI MASA BERSAMA
Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam – masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur – anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami: tonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan. Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami dan anak-anak.

8 SENTIASA BERDOA
Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali tika qada hajat – buang air kecil atau besar.

Insya-Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.

MUNGKIN DENGAN 14 CARA INI ANDA BOLEH SIMPAN WANG SETIAP BULAN

SIAPA TAK NAK DUIT LEBIH KAN? LEBIH LEBIH LAGI DENGAN KEADAAN EKONOMI YANG AGAK MEROSOT KEBELANKANGAN INI

DISINI SAYA BAGI 14 CARA YANG BOLEH MEMBANTU SERBA SEDIKIT UNTUK KORANG MENYIMPAN WANG




kredit foto


1 HAPUSKAN HUTANG ANDA TERLEBIH   DAHULU
  Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.
Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur 😉

kredit foto

2 TETAPKAN MATLAMAT MENABUNG           ANDA
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.


kredit foto

3 BUAT SATU JANGKA MASA UNTUK ANDA MENYIMPAN
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”
Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.
Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.
Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.
Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Dan itu membawa saya ke point seterusnya…


kredit foto

4  FIKIRKAN BERAPA BANYAK WANG YANG ADA PERLUKAN UNTUK MENYIMPAN
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.
Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.


kredit foto

5 SIMPAN REKOD PERBELANJAAN ANDA
Dengan kata lain, keep trackperbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.
Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil sepertishavers atau syampu dan lain-lain.
Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.

kredit foto

6 KURANGKAN PERBELANJAAN ANDA
Dah rekodkan perbelanjaan anda?
Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.
Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.
Dan yang anda boleh kurangkan.
Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.
Apa yang penting?
Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.
Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.
11 soalan di bawah boleh digunakan untuk anda bertanyakan kepada diri anda mana yang anda boleh potong kos hidup anda.
  1. Bolehkah anda bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?
  2. Bolehkah anda membiayai semula (refinance)?
  3. Bolehkah anda menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung? Jika keluarga anda mempunyai banyak kereta, bolehkah anda menggunakan hanya satu?
  4. Bolehkah anda mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan anda mendapat harga terbaik.
  5. Bolehkah anda berhenti menggunakan telefonlandline (talian darat) dan menggunakan telefon bimbit anda atau menyimpan wang dengan menghubungi melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
  6. Bolehkah anda hidup tanpa Astro?
  7. Bolehkah anda mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) anda?
  8. Bolehkah anda mengurangkan makan di luar?
  9. Bolehkah anda membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan anda kerap keluar?
  10. Bagaimana dengan menggunakan kupon?
  11. Boleh anda masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak apabila membeli banyak-banyak sekali gus.
Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya dengan letah harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.
Berhati-hati dengan taktik pasaraya.
Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah.

kredit foto

7 NILAI SEMULA MATLAMAT SIMPANAN ANDA
Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.
Berapa banyak bezanya?
Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?
Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.
Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.
Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli 😉

kredit foto

8 BUAT BAJET ANDA
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.
Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.
Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”

9 BERHENTI MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.
Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat.
Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.
Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.

kredit foto

10 LETAK DUIT DALAM BALANG
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.
Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum… Letak dalam balangnya sendiri.
Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis.
Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit

kredit foto

11 LIHAT JIKA ANDA BOLEH CARI AKAUN BANK YANG MENAWARKAN KADAR DIVIDEN YANG LEBIH TINGGI

Senang je nak faham kan poin ni?
Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi.
Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.
Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.
Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.

kredit foto

12 BAYAR DIRI SENDIRI DULU
Simpanan harus menjadi keutamaan anda.
jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.
Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.
Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.
Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya).

kredit foto

13 JANGAN MUDAH KECEWA DAN PUTUS ASA
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.
Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah.
Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda.

Sebenarnya Banyak Cara Nak Menyimpan Kan?
Setiap kali anda pergi untuk membeli sesuatu, cuba fikir sebab yang menyebabkan anda menyimpan. Dan betapa dekatnya anda dengan objektif simpanan anda sebenarnya.
Cuba anda kongsi benda yang anda cuba buat. Anda akan dapat lihat sama ada rakan anda sokong ataupun lawan tapi cuba motivasikan mereka untuk mengikut anda kerana ini akan membentuk satu kitaran mulia (virtuous cycle).
Ingat Tentang Harta Anda!
Anda kena pandai jaga harta benda anda. Kalau anda ada berus gigi elektrik dan motor untuk biar berusnya berpusing itu rosak anda tak perlu beli baru. Guna terus. Tengok waranti barang yang anda beli.
Kalau ada ada hobi, anda perlu fikir lebih banyak.
Anda kena tentukan satu peraturan di mana anda perlu tentukan berapa banyak duit yang akan anda habiskan untuk hobi tersebut. Ini sangat penting terutama sekali kalau anda ada hobi yang mahal.
Jika anda dapat durian runtuh, anda boleh mengenepikan duit yang anda dapat tu mengikut jadual anda.
Kalau anda tetapkan diri anda kena simpan 10% daripada semua duit yang anda dapat… simpan duit sebanyak tu.
Apabila anda membuat pembelian dengan wang kertas, akan ada baki. Simpan baki anda dalam balang atau dalam mug (saya gunakan mug plastik untuk simpan duit syiling saya).
Satu mug kalau penuh boleh dapat lebih daripada RM50. Ada masa tu saja kumpul-kumpul dapat nak dekat RM100. Hanya daripada satu mug. Jangan guna duit tu pula nanti lepas dah tebus kepada wang kertas ya!
Sebenarnya kita boleh menyimpan duit tanpa mengambil kira pendapatan kita. Mula sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, RM50 secara automatik dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anda.
Setahun dah dapat RM600. Ini hanyalah satu kiraan yang sangat konservatif. Saya rasa anda boleh simpan lagi banyak.
Bila anda mula sedikit demi sedikit tabiat menabung ni, anda akan perasan yang anda sebenarnya tidak perlu pakai duit yang banyak.
Tentang Kad Kredit Anda Tu
Kalau anda rasa anda tak boleh potong kad kredit anda. Sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan penggunaan kad-kad anda. Jangan letakkan dalam dompet. Letakkan kad-kad itu d tempat yang lain.
Lagi susah nak capai lagi bagus. Anda hanya dibenarkan guna bila anda betul-betul perlu sahaja. Cara ini agak lawak tapi kalau anda susah nak capai, susah lah anda nak guna.
Kalau anda setiap bulan dapat gaji yang lebih kurang sama, senang untuk anda kawal bajet anda.
jika gaji anda setiap bulan berubah, susah sikit. Tapi jangan menyerah! Senaraikan perbelanjaan anda ikut kategori dan mana yang anda boleh kurangkan perbelanjaan. Jangan letakkan sasaran tinggi. Anda kena tahu had anda.
Bila anda dah boleh dapat konsisten gaji, baru anda sasarkan tahap yang lebih tinggi.
Anda perlu berikrar kepada diri anda yang anda akan simpan duit. Ulangi pada diri anda sendiri mengenai sebab anda menyimpan dan cuci minda anda sendiri mengenai hutang. Hutang bukan satu pilihan.
Jangan Lupa Berseronok
Cuba cari keseronokan tanpa perlu membazirkan duit. Mungkin anda boleh belajar menari (boleh menari dengan isteri/suami anda), atau anda bersenam, bermain teka-teki dan sebagainya.
Cuba cari sesuatu yang tidak memerlukan anda mengeluarkan duit.
Kadang-kadang anda boleh luangkan masa dengan berbincang mengenai falsafah, mungkin juga mendalami ilmu agama dan ilmu kewangan (seperti yang anda buat sekarang ini) tanpa perlu menghabiskan duit.
Sebenarnya banyak benda yang anda boleh buat tanpa perlu menghabiskan duit. Anda hanya perlu imaginasi dan lihat apa yang ada di luar sana.
Pelbagai talian persahabatan boleh terjalin bila anda terlibat dalam permainan-permainan yang ada di luar sana. Jumpa orang, dan main. Tak pakai duit dan memupuk semangat kekitaan anda.
Ada Alasan Untuk “Ponteng” Berjimat?
Setiap kali anda mencari alasan untuk ponteng berjimat, saman diri anda. Caj diri anda 50 sen untuk setiap alasan ke dalam tabung anda. Anda akan dapat tengok berapa banyak alasan sebenarnya yang anda beri pada diri anda untuk tidak berjimat.
Jika betul anda memerlukan sesuatu, cuba anda tanya diri anda, adakah anda betul-betul memerlukannya atau hanya keinginan anda semata-mata? Sebahagian besar daripada benda yang anda ingat anda perlukan, adalah sesuatu yang anda tidak perlukan.
Peringatan Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Duit
Jika anda mempunyai kawan yang boros, anda mungkin perlu membuat satu senarai alasan untuk menjelaskan mengapa anda tidak boleh keluar dengan mereka sepanjang masa.
Jangan keluar window shopping dengan membawa duit. Anda lambat laun akan terdorong untuk membelanjakan wang anda. Hanya membeli-belah dengan senarai barang yang telah ditetapkan.
Selepas seminggu yang panjang bekerja, anda mungkin terdorong untuk berbelanja dengan memberitahu diri anda sendiri, “Saya berhak dapatkan ni”.
Ingat: perkara yang anda beli bukannya hadiah pada diri sendiri. Tapi adalah satu pertukaran antara wang anda dengan satu produk.
Anda boleh katakan pada diri anda: “Sudah tentu saya layak untuk beli, tetapi sebenarnya saya mampu atau tidak? Jika saya tidak mampu, saya memang layak, dan saya masih layak untuk memenuhi matlamat simpanan saya!”
Melainkan jika anda berada di dalam  yang benar-benar terdesak (seperti anak anda kelaparan ataupun ada orang mengacu pistol ke kepala anda), jangan sentuh langsung duit tu.
Jangan fikirkan perkara yang remeh-temeh seperti keluar makan dengan rakan anda ataupun buat perkara yang membazir.
Benda-benda ni boleh tunggu kemudian hari kerana apabila anda ponteng membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari.
Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%.Anda boleh cuba lagi nanti.

kredit foto

14 CARA TERAKHIR
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil.
Masa tu anda boleh dapat banyak dan bila anda dah besar, susah nak dapat duit raya banyak. Admin tak dapat langsung dah 🙁