Followers

Monday, 3 October 2016

wAJIB BACA! 5 PERKARA UNTUK KESIHATAN IBU MENGANDUNG




selalunya hujung hujung usia kandungan ibu ibu malas nak berjalan ke sana ke mari..saiz kandungan yang semakin membesar membuatkan para ibu rasa tak larat dan letih untuk ke mana mana

tetapi ibu perlu tahu bahawa dengan rajin berjalan kaki semasa kehamilan terutamanya pada terismeter ketiga memberi banyak manfaat kepada ibu dan  bayi dalam kandungan. Tetapi ia juga bergantung kepada keadaan ibu itu sendiri dan perlu mengikut cara yang selamat.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu, ibu perlu berjalan kaki selama 150 minit atau lebih kurang antara 20 hingga 25 minit setiap hari. Berjalan kaki dapat membuatkan ibu berasa cergas dan aktif.
Bahkan ia membantu ibu mendapatkan berat kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko keguguran, bayi meninggal dalam kandungan dan paling utama masalah diabetis ketika hamil.
Ibu juga akan berasa lebih bertenaga, mudah tidur, mengurangkan tekanan ketika hamil dan secara psikologi, ibu akan lebih kuat dan bersemangat. Aktiviti berjalan kaki mudah dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tiada alasan untuk ibu katakan tidak punya masa untuk melakukan senaman jalan kaki ya!
Berikut beberapa idea aktiviti berjalan kaki yang ibu boleh lakukan setiap hari.
1. Parkir kereta di tempat yang jauh daripada pintu masuk ke pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya. Secara tidak langsung ia membuatkan ibu perlu berjalan sekurang-kurangnya beberapa minit.
2. Jangan asyik membeli belah secaraonline sahaja dengan alasan malas hendak berjalan kerana perut semakin besar. Sesekali keluar membeli belah barangan bayi di pusat membeli belah. Secara tidak langsung anda sudah melakukan aktiviti berjalan kaki.
3. Bawa anak bermain di taman. Jangan malas membawa anak yang sedia ada untuk beriadah di taman. Selain menemani anak, anda juga boleh beriadah sama dengan berjalan kaki.
4. Gunakan tangga berbanding lif. Ia kedengaran zalim tetapi ketahuilah manfaatnya kepada ibu hamil. Tetapi ia sesuai untuk naik ke satu atau dua tingkat berbeza sahaja! Ini kerana naik turun tangga juga sama kesannya dengan berjalan kaki.
5. Jangan malas bergerak. Sekiranya ada urusan di pejabat yang ingin disampaikan kepada rakan di jabatan lain, anda boleh berjalan ke arah mereka berbanding menggunakan teknologi e-mel atau Whastapp. Walaupun jaraknya dekat tetapi jika kerap dilakukan sehari sekurang-kurangnya anda telah melakukan senaman berjalan kaki pada hari itu.
Fikirkan kebaikannya berbanding kepentan. Mesti ibu akan rasa bersemangat dan tak malas berjalan.

disertakan juga video proses kelahiran ibu ibu

sumber


No comments:

Post a Comment